Contoh Jenis kata

Bahasa Arab

Sesepatah kata nama diberikan "jenis kalimat"-nya (Bahasa Arab: جِنْس الكَلِمَة, translit. jins al-kalimah) kepada jenis "muzakkar" (مُذَکَّرْ‎ mudzakkar daripada ذَکَّرَ‎ dzakkara "menjadikan maskulin [lelaki]"[1]) atau "muanas" (مُؤَنَّث‎ mu'annath daripada أَنَّثَ‎ annatha "dijadikan perempuan"[2]). Kata yang jenis muanas mempunyai hujung ta marbutah (ة‎; sebutan [t] terubah kepada [h] selepas sebut mati) kecuali kata nama khas tertentu seperti nama orang (contohnya: أسامة `Usāmah) atau gelaran (contoh: خليفة khalīfah).

Bahasa Itali

Kata nama "lelaki" (maschile) yang mufrad berhujung -o manakala bentuk jamaknya berhujung -i:

ragazzo "anak lelaki", ragazzi "anak-anak lelaki"

Kata nama "perempuan" (femminile) yang mufrad berhujung -a manakala bentuk jamaknya berhujung -e:

ragazza "anak perempuan", ragazze "anak-anak perempuan"